Bajet Bikin Motosikal Lumba - Part 1
Catatan ini adalah di atas permintaan warga-warga yang berminat untuk mengetahui mengenai kos-kos pembikinan untuk motosikal Cub-Prix bagi kategori Persendirian dan WIRA. Terima kasih MotoServis ucapkan kepada yang bertanya dan memberi cadangan sebegini. Pihak MotoServis mengalu-alukan cadangan dan maklumbalas anda daripada masa ke semasa, semoga catatan ringkas ini dapat memberikan faedah kepada anda semua.
Kos pembikinan motosikal lumba (secara anggaran) bermula sekurang-kurangnya RM 5 ribu (kalau dah ada motor sendirilah). Angka RM 5 ribu ni pon bukanlah muktamad dan gerenti "Champion" pnya...Kos ini adalah kos asas dalam penyediaan sesebuah motosikal kerana kos sebenar adalah bergantung kepada jenis dan pemilihan kit-kit tersebut. Catatan di sini adalah sebagai panduan untuk anda sahaja (terutama yang agak baru). Berikut adalah senarai untuk anda teliti dalam pembikinan motosikal lumba:-
Kita mulakan dengan bahagian Cesi (Frame)/Kerangka Motosikal:-
1. Rim Depan & Belakang - Jika anda pilih Sport Rim (dengan Brek Cakera), harga bermula
sekitar RM 200 - RM 300 sepasang (ikut saizlah....mahal pada tu pon ada..). Jenama
popular semestinya Racing Boy. Apa yang anda patut teliti adalah pemilihan saiz yang
betul. Saiz yang sesuai atau biasa digunakan ialah 1.6 x 17 untuk depan, manakala saiz rim
belakang pula adalah 1.85 x 17 (ada jugak guna lebar lagi.. ikut setting tuan pnya motor
dan spesifikasi tayar yang hendak digunakan ). Kalau bajet rendah guna aje Rim Aloi yang
pakai lidi tu....yang penting anda boleh berlumba dengan selamat dan sejahtera...
2. Tayar Depan & Belakang - Jenama yang jadi pilihan para pelumba Cub-Prix semestinya
Bridgestone (Battlax), tapi ada gak yang guna Michelin atau IRC (Tan Sri P.Ramlee kata
"Kadang-kadang" coz majoriti guna Bridgestone!). Bajet untuk tayar Bridgestone ni untuk
model BT39 adalah sekitar RM 250.00 sebiji untuk saiz 90/80-17 (tu pon kalau harga tak
naik lagilah...). Ni ada link kat y135c bertajuk info tayar..baguz untuk anda baca sebagai
panduan (terima kasihla kat editor y135c tu...). So sekiranya anda menggunakan saiz yang
sama untuk depan dan belakang, maka siaplah bajet anda sekitar RM 500.00. Tayar
Bridgestone 'sekenhen' pon ada juga di jual kalau nak jimat belanja, kalau tak silaplah
harga sekitar RM 150.00 ke atas sebab ianya bergantung kepada keadaan bunga tayar.
Walau apa pon pilihan jenama tayar anda, pastikan ianya memenuhi regulasi teknikal
Cub-Prix, antaranya ialah mempunyai tanda 'E' atau 'DOT'. Jangan lupa bahawasanya
tayar adalah salah satu komponen penting untuk keselamatan anda dan juga
membolehkan anda melayan corner dengan lancar dan bergaya...kalau tayar kureng baik
maka lap time anda pon kurenglah berbanding dengan pesaing-pesaing anda!
Peh...baru 2 jenis komponen, yang lain tak cite lagi....Jumlah RM yang kena ada dalam poket sekurang-kurangnya RM 750.00 (tayar + rim = RM 700.00, RM 50.00 pulak standby untuk kepala tiub (tyre valve) ngan upah pasang kat pomen moto). Orait...kita sambung ke Part 2 esok hari noo sebab mata saya dah nak terpejam dah ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam admin.. saiz tayar ape yg sesuai utk moto sy. Rim skrang saiZ 1.85/ 17 depan dan belakang. ( Rxz trackday ) dan jenis tayar apekah yg sesuai.
Kt mne leh dpt coverset kepala tu?
Bos.cubprix pakai damper apa
Post a Comment