BAJET BIKIN MOTOSIKAL LUMBA - PART 2

on Friday, February 18, 2011
Hai, kita nak sambung cite bikin motosikal lumba...ari ni pasal Suspensi Belakang (Rear Shock Absorber)..


Kalau nak layan corner dengan mantop..benda nilah yang akan membantu anda. Bermacam-macam jenama dan jenis Suspensi yang anda boleh pilih dan beli kat kedai-kedai moto yang berselerak di luar sana tu...Antara yang best dengan harga yang gitu-gitu ialah YSS dan GAZi. Yang 'High End' pon ada seperti jenama OHLINS asal aja ada RMnya. Ada jugak yang kreatif mengubahsuai Suspensi original untuk menjimatkan belanja, tapi renyah jugak nak setting benda alah ni...Anggaran harga untuk Suspensi (YSS dan GAZi) bermula dari RM 350.00 ke atas (ikut model ar...sebab produk dan spesifikasinya berbeza di antara satu sama lain). Yang kat atas tu (lihat gambar), adalah untuk Yamaha Lagenda dengan harga yang ditawarkan RM 1,050.00 (seperti iklan) sebab boleh adjust pre-load, overall height dan macam-macaam lagi (jenis Fully Adjustable, anda boleh laras ikut kehendak anda). Sistem Suspensi yang baik akan membolehkan anda meratah corner dengan konfiden dan efisien...takdelah terhenjut-henjut yang amat sangat semasa keluar-masuk corner. 

Jumlah terkumpul sekarang ini sudah pon mencecah RM 1,100.00 (Tayar+Rim+Suspensi), tu pon kalau kita kira Suspensi dengan harga RM 350.00. Selanjutnya kita sambung esok pulak noo....

0 comments:

Post a Comment