Sambungan al-kisah bajet untuk bikin motosikal lumba...
Fast Throttle atau Quick Throttle.
Fast Throttle adalah item standard untuk motosikal lumba. Bermacam-macam jenama anda boleh jumpa kat kedai alat ganti dan aksesori motosikal antaranya DAYTONA, BUNGBON dan lain-lain lagilah. Terdapat 2 jenis material yang anda boleh pilih iaitu plastik atau aluminium. Harga untuk item ini serendah RM 30.00 hinggalah beratus-ratus macam iklan kat atas tu...Apa yang penting ialah throttle berfungsi mengikut selera anda (pusingan throttle dari ZERO ke FULL) sebab kadar pusingan adalah berbeza-beza mengikut jenama yang anda pilih.
Foot Rest @ Pemijak Kaki
Sekali lagi jenama Racing Boy menjadi pilihan di kalangan pomen-pomen moto. Jenis di atas adalah jenis UNIVERSAL sebab ianya boleh dipasang untuk semua model motosikal (HONDA, YAMAHA, MODENAS,SUZUKI dll). Jika anda guna YAMAHA LAGENDA, anda boleh terus pasang jer, manakala model motosikal yang lain kenalah menjalani modifikasi kecil pada bahagian cesi (rangka) untuk pemasangan. Ada juga jenama lain yang anda boleh gunakan seperti YSP dan YOSHIMURA. Harga untuk sepasang footrest mengikut survey yang kami jalankan adalah sekitar RM 300.00 ke atas (anggaran ajelah...lain tempat lain harga ar...)
Secara keseluruhan, bajet anda kini adalah sekitar RM 1,400.00 ~ RM 1,500.00. Tinggal lagi beberapa item yang penting untuk bahagian cesi iaitu Sistem Brek dan Handel. Selepas tu kita akan tinjau bajet untuk bikin enjin....yang ni agak berat skit topiknya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment