on Tuesday, March 8, 2011
hehe. salam ;) ini adalah jadual yg terkini :)

mari ramai2 pakat dok p na haha
salam :)
anda boleh  muat-turun pelbagai borang, Buku Peraturan-Peraturan Tambahan Musim 2011,. Pastikan anda mempunyai Adobe Reader pada kerana sebahagian besar kandungan di dalam ruang ini adalah dalam format PDF. Jika anda tidak mempunyai Adobe Reader, anda boleh muat-turunnya di sini.

software adobe ! download first :)

Buku Peraturan 2011 baru



Borang Pendaftaran 2011
hehe ini sebagai salah satu langkah untuk anda :) menyertai perlumbaan cubprix
on Sunday, March 6, 2011
Masa untuk menyambung semula al-kisah Bajet Bikin Motosikal Lumba....aduhai, napelah ada yang tak faham tentang "BAJET" ni...bukan apa, MotoServis ada menerima maklumbalas tentang harga yang di paparkan di dalam blog ini...Kepada semua pembaca atau warga-warga yang mengikuti siri Bajet Bikin Motosikal Lumba ini harap faham bahawa harga yang dipaparkan ini adalah anggaran kasar sahaja. Harga sebenar yang anda perlu bayar adalah harga yang terdapat di kedai-kedai motosikal di luar sana tu...Ini adalah "BAJET" sahaja! Kalau tak faham apa itu "BAJET", pi cari dalam KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA supaya anda faham. Harga sebenar komponen-komponen atau kit-kit racing bergantung kepada SPESIFIKASI, KUALITI dan JENAMA yang anda pilih DAN juga DI-MANA (Kedai) yang anda pergi membeli belah barangan tersebut misalnya harga ikan di pasar borong dan di pasar tani mana mungkin sama ? So, kepada yang kurang faham tu toksahlah dok buat cerita huru-hara kat luar blog ni. Pihak MotoServis pon buat survey melalui halaman-halaman web dan juga di kedai-kedai motosikal yang sewaktu dengannya. Kami pon dah lebih 6 tahun berkecimpung dalam bidang sukan permotoran ini, bukannya baru setahun jagung. Oklah, semoga penjelasan di atas tadi membantu anda untuk membuat bajet anda dengan lebih teliti lagi.

Siri kali ini ialah mengenai Bajet untuk Brek Hadapan.
Brek adalah komponen yang kritikal pada sesebuah motosikal. Kritikal bermaksud untuk PRESTASI dan KESELAMATAN penunggang. Biasanya brek STANDARD yang terdapat pada sesebuah motosikal adalah memadai untuk kegunaan Cub-Prix namun begitu modifikasi pada bahagian ini adalah perlu sekiranya KUASA motosikal telah ditingkatkan. Komponen wajib yang ditukar ialah Brek Cakera (Disc Brake). Kebanyakan pelumba-pelumba memilih untuk menggunakan Brek Cakera yang lebih besar sebagai contoh daripada 190mm kepada 220mm sehingga ke 300mm.


Ada pula menukar Caliper Assy sebagai contoh daripada "Twin Pot" kepada "4 Pot" sehingga ke "8 Pot". Apa jua pilihan anda pastikan bahawa sistem Brek anda berfungsi dengan sepenuhnya dan selamat digunakan semasa di dalam keadaan kering atau basah. KUALITI dan PRESTASI adalah penting dalam pemilihan komponen-komponen brek bukannya CANTIK lagi BERGAYA sahaja.


Antara komponen-komponen dan harga anggaran untuk Sistem Brek ini adalah seperti berikut:-

1 - Cakera (Disc) : RM 45.00 ~ 250.00
      > Cakera Original sebagi contoh MODENAS GT128 berharga sekitar RM 200.00
      > Cakera RM 45.00 tu hampa klik sini. Prestasi Brek Wallahu'Alam...
2 - Caliper Assy:  RM 150 ~ 200.00
      > Caliper banyak jenis, nak best upgrade kepada motosikal yang CC besar contoh 
         GT128, KLX150, TZM250 dsb. Kalau upgrade komponen original, RM kena tambah
         lagilah...harga kat atas tu aftermarket.
3 - Hos Brek : RM 40.00 ~ RM 100.00
      > Tukar dari Getah kepada Steel Braided. Ni jumpa kat Mudah. MotoServis guna
          hos brek Standard (OEM) aje.
4 - Pad Brek : RM 20.00 ~ RM 100.00
      > Biasanya pad brek standard pon OK..ada yang tukar kepada material lain 
         (upgrade)...Pastikan pad anda berfungsi dalam apa jua keadaan (Kering atau
         Basah, Sejuk atau Panas). Jangan berkira-kira nak murah aje...sat lagi lepas 10x
         Brek, pi tuju Air Bag sebab Brek gagal berfungsi dalam keadaan Panas..    
5 - Minyak Brek : Dari RM 8.00 ~ RM 30.00
      > Gunakan minyak brek yang tertera DOT 3 atau 4. Untuk racing ramai yang 
         menggunakan DOT 4. 

Jadi, sekiranya anda memilih untuk menukar Cakera (Disc) sahaja, anda perlu menyediakan wang sekitar RM 150.00. Apa pun pilihan anda ingatlah bahawa Sistem Brek adalah untuk KESELAMATAN anda. KUALITI dan PRESTASI adalah perkara penting dalam membuat pemilihan komponen-komponen ini.

Jadi sekarang ni Bajet anda telah meningkat sekitar RM 1,500.00 ~ RM 1,700.00 (sebab anda upgrade Disc aje...). Sekiranya anda upgrade keseluruhan sistem Brek, kos boleh mencecah sekitar RM 300.00 ~ RM 500.00. Beli yang SEKENHEN pon boleh juga, tapi pastikan ianya berfungsi sepenuhnya. Kos SEKENHEN mungkin lebih rendah daripada yang baru...apa pun anda yang tentukannya... 
      
     
on Monday, February 21, 2011
Sambungan al-kisah bajet untuk bikin motosikal lumba...

Fast Throttle atau Quick Throttle.

Fast Throttle adalah item standard untuk motosikal lumba. Bermacam-macam jenama anda boleh jumpa kat kedai alat ganti dan aksesori motosikal antaranya DAYTONA, BUNGBON dan lain-lain lagilah. Terdapat 2 jenis material yang anda boleh pilih iaitu plastik atau aluminium. Harga untuk item ini serendah RM 30.00 hinggalah beratus-ratus macam iklan kat atas tu...Apa yang penting ialah throttle berfungsi mengikut selera anda (pusingan throttle dari ZERO ke FULL) sebab kadar pusingan adalah berbeza-beza mengikut jenama yang anda pilih. 


Foot Rest @ Pemijak Kaki

Sekali lagi jenama Racing Boy menjadi pilihan di kalangan pomen-pomen moto. Jenis di atas adalah jenis UNIVERSAL sebab ianya boleh dipasang untuk semua model motosikal (HONDA, YAMAHA, MODENAS,SUZUKI dll). Jika anda guna YAMAHA LAGENDA, anda boleh terus pasang jer, manakala model motosikal yang lain kenalah menjalani modifikasi kecil pada bahagian cesi (rangka) untuk pemasangan. Ada juga jenama lain yang anda boleh gunakan seperti YSP dan YOSHIMURA. Harga untuk sepasang footrest mengikut survey yang kami jalankan adalah sekitar RM 300.00 ke atas (anggaran ajelah...lain tempat lain harga ar...)

Secara keseluruhan, bajet anda kini adalah sekitar RM 1,400.00 ~ RM 1,500.00. Tinggal lagi beberapa item yang penting untuk bahagian cesi iaitu Sistem Brek dan Handel. Selepas tu kita akan tinjau bajet untuk bikin enjin....yang ni agak berat skit topiknya...
on Friday, February 18, 2011
Hai, kita nak sambung cite bikin motosikal lumba...ari ni pasal Suspensi Belakang (Rear Shock Absorber)..


Kalau nak layan corner dengan mantop..benda nilah yang akan membantu anda. Bermacam-macam jenama dan jenis Suspensi yang anda boleh pilih dan beli kat kedai-kedai moto yang berselerak di luar sana tu...Antara yang best dengan harga yang gitu-gitu ialah YSS dan GAZi. Yang 'High End' pon ada seperti jenama OHLINS asal aja ada RMnya. Ada jugak yang kreatif mengubahsuai Suspensi original untuk menjimatkan belanja, tapi renyah jugak nak setting benda alah ni...Anggaran harga untuk Suspensi (YSS dan GAZi) bermula dari RM 350.00 ke atas (ikut model ar...sebab produk dan spesifikasinya berbeza di antara satu sama lain). Yang kat atas tu (lihat gambar), adalah untuk Yamaha Lagenda dengan harga yang ditawarkan RM 1,050.00 (seperti iklan) sebab boleh adjust pre-load, overall height dan macam-macaam lagi (jenis Fully Adjustable, anda boleh laras ikut kehendak anda). Sistem Suspensi yang baik akan membolehkan anda meratah corner dengan konfiden dan efisien...takdelah terhenjut-henjut yang amat sangat semasa keluar-masuk corner. 

Jumlah terkumpul sekarang ini sudah pon mencecah RM 1,100.00 (Tayar+Rim+Suspensi), tu pon kalau kita kira Suspensi dengan harga RM 350.00. Selanjutnya kita sambung esok pulak noo....
on Thursday, February 17, 2011

Catatan ini adalah di atas permintaan warga-warga yang berminat untuk mengetahui mengenai kos-kos pembikinan untuk motosikal Cub-Prix bagi kategori Persendirian dan WIRA. Terima kasih MotoServis ucapkan kepada yang bertanya dan memberi cadangan sebegini. Pihak MotoServis mengalu-alukan cadangan dan maklumbalas anda daripada masa ke semasa, semoga catatan ringkas ini dapat memberikan faedah kepada anda semua.
Kos pembikinan motosikal lumba (secara anggaran) bermula sekurang-kurangnya RM 5 ribu (kalau dah ada motor sendirilah). Angka RM 5 ribu ni pon bukanlah muktamad dan gerenti "Champion" pnya...Kos ini adalah kos asas dalam penyediaan sesebuah motosikal kerana kos sebenar adalah bergantung kepada jenis dan pemilihan kit-kit tersebut. Catatan di sini adalah sebagai panduan untuk anda sahaja (terutama yang agak baru). Berikut adalah senarai untuk anda teliti dalam pembikinan motosikal lumba:-

Kita mulakan dengan bahagian Cesi (Frame)/Kerangka Motosikal:-


1. Rim Depan & Belakang - Jika anda pilih Sport Rim (dengan Brek Cakera), harga bermula
    sekitar RM 200 - RM 300 sepasang (ikut saizlah....mahal pada tu pon ada..). Jenama 
    popular semestinya Racing Boy. Apa yang anda patut teliti adalah pemilihan saiz yang
    betul. Saiz yang sesuai atau biasa digunakan ialah 1.6 x 17 untuk depan, manakala saiz rim
    belakang pula adalah 1.85 x 17 (ada jugak guna lebar lagi.. ikut setting tuan pnya motor
    dan spesifikasi tayar yang hendak digunakan ).  Kalau bajet rendah guna aje Rim Aloi yang
    pakai lidi tu....yang penting anda boleh berlumba dengan selamat dan sejahtera...

2. Tayar Depan & Belakang - Jenama yang jadi pilihan para pelumba Cub-Prix semestinya
    Bridgestone (Battlax), tapi ada gak yang guna Michelin atau IRC (Tan Sri P.Ramlee kata
    "Kadang-kadang" coz majoriti guna Bridgestone!). Bajet untuk tayar Bridgestone ni untuk
    model BT39 adalah sekitar RM 250.00 sebiji untuk saiz 90/80-17 (tu pon kalau harga tak
    naik lagilah...). Ni ada link kat y135c bertajuk info tayar..baguz untuk anda baca sebagai
    panduan (terima kasihla kat editor y135c tu...). So sekiranya anda menggunakan saiz yang
    sama untuk depan dan belakang, maka siaplah bajet anda sekitar RM 500.00. Tayar
    Bridgestone 'sekenhen' pon ada juga di jual kalau nak jimat belanja, kalau tak silaplah
    harga sekitar RM 150.00 ke atas sebab ianya bergantung kepada keadaan bunga tayar.
    Walau apa pon pilihan jenama tayar anda, pastikan ianya memenuhi regulasi teknikal
    Cub-Prix, antaranya ialah mempunyai tanda 'E' atau 'DOT'. Jangan lupa bahawasanya
    tayar adalah salah satu komponen penting untuk keselamatan anda dan juga
    membolehkan anda melayan corner dengan lancar dan bergaya...kalau tayar kureng baik
    maka lap time anda pon kurenglah berbanding dengan pesaing-pesaing anda!

Peh...baru 2 jenis komponen, yang lain tak cite lagi....Jumlah RM yang kena ada dalam poket sekurang-kurangnya RM 750.00 (tayar + rim = RM 700.00, RM 50.00 pulak standby untuk kepala tiub (tyre valve) ngan upah pasang kat pomen moto). Orait...kita sambung ke Part 2 esok hari noo sebab mata saya dah nak terpejam dah ni....
on Saturday, February 12, 2011
salam :) kami akan menjalankan training pada 20.02.2011 dimana last training akan dijalankan dan rehat utk beberapa bulan :)  disebabkan saingan cubprix suda bermula ;)

minta maaf diatas kesulitan kerana pada 27.02.2011 ada masalah yang tidak dapat di elakkan :)

setelah berpenat lelah pada hari ahad itu. heheh banyak pengalaman yang diperoleh oleh rider2 daripada sebelah pagy hingga lah ke petang. haha.
Kesian pulak 2 pada ilyaz yang tidak biasa kena training fitness dengan pakwan dan akhirnya beliau mengaku kalah tak larat dan tertido hahaha. kantoi la stamina si budak jambu nie hahah :)

pada farah pula kami mengucapkan salam takziah pada anda diataas pemergian kwann baek anda. sehingga anda tidak boleh fokus :) nnt buat yg terbaek ye :)